Ucaptama Pengasas Darul Muqmin Theraphy Center


Alhamdulillah, panjatkan syukur kepada Allah yang maha mengasihani kepada saya dan dengan keberkatanya saya belajar untuk mengenal penyakit dari segi fizikal , mental dan spiritual. Awalnya saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan islam dan rawatan alternatif yang lain, kerana melihat keluarga saya sakit termasuk diri saya ketika dulu, saya bertekat untuk memperlajari teknik rawatan dari segala cabang.

Pada asalnya saya hanya mempelajari ilmu urut melayu pada tahun 2001, ketika itu saya belajar dab praktikan kepada keluarga dan sahabat terdekat, setiap hari saya praktik ilmu yang di ajari termasuk menelaah bahan bacaan tentang ilmu urut melayu.
tetapi, selepas beberapa tahun saya merawat pesakit saya pula terkena gangguan jin , iaitu saya kerap melihat jin, mulai dari itu saya mula iktiar untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah masih tak pulih, sehinggalah saya bertekad untuk belajar rawatan islam pada tahun 2004, bermacam ilmu rawatan saya belajar sehingga sehingga saya pulih dari gangguan tersebut.
bermulalah episod saya menawarkan rawatan urut melayu dan rawatan islam sehingga tahun 2006 saya mula belajar bekam sunnah dan klinikal. Alhamdulillah semakin ramai mula datang ke pusat rawatan saya pada masa itu saya beri nama Pusat Rawatan Islam Darul Muqmin. Sepanjang merawat dari 2001-2006 hampir lebih 10,000 pesakit pernah saya rawati, masyaAllah tabarakallah.
walaupun saya sudah kuasai tiga ilmu rawatan saya masih belum berpuas hati, jadi saya teruskan belajar akupuntur, herba, refleksologi, urutan gua sha dan farmasi homeophaty pada tahun 2012, Alhamdulillah ,ilmu semakin berkembang sehingga masalah dalam rawatan gangguan jin dan ilmu perubatan fizikal dapat saya bezakan. setelah itu saya juga belajar terapi tulang belakang serta terapi stroke. subhannallah.. syukur..
Hati semakin gembira bila dapat membatu masyarakat dengan khidmat rawatan alternatif. Kini setelah 18 tahun saya dalam bidang perubatan alternatif ini, saya sangat bahagia kerana dapat membantu dan merawat sahabat keluarga dan masyarakat dari pelbagai daerah dan negeri. Kini saya memberi nama "DARULMUQMIN THERAPI CENTER"[DMTC]
Paada tahun 2019 ini saya dan DMTC kerap membuat kursus untuk membuka peluang kepada anak muda belajar dan membantu masyarakat sekeliling.. wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Terapi Bekam [DMTC]